Posts

Showing posts from 2017

PENDEDAHAN AWAL KEPADA SKUAD

TINGKALANON: Tingka FC menyertai kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Tandek dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M). Pengurus Tingka FC Azlee berkata, kelab itu telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut  iaitu Tingka FC Senior, Tingka FC U20 dan Tingka FC U16. Menurut beliau, kesempatan ini perlu diambil dan disertai untuk memberi pendedahan kepada pemain kelab itu terutama sekali kepada skuad muda U20 dan U16. "Main petang-petang tidak sama dengan permainan sebenar sebab main rojak tanpa ikut posisi dan arahan" jelas Azlee yang dihubungi. Azlee yang ketika ini berada di Beluaran tidak dapat bersama skuad Tingka FC disebabkan komitmen sebagai penjawat awam perlu diutamankan. Beliau telah menamakan Caldey John, Nacolas Magudar dan Herilon Kiou untuk mengemudi pasukan tersebut. Kejohanan tersebut telah menarik 6 buah pasukan menyertai kejohanan tersebut antaranya Tingka FC Senior, Tingka FC U20, Tingka FC ...

LEBIH 800 BEKAS PEMBANTU TADBIR SAMBILAN SEKALI LAGI MERAYU DIBERI SEMULA JAWATAN

Image
KOTA KINABALU: Noor Ismawaty Ismail, seorang bekas Pembantu Tadbir (P/O) N17 Sambilan negeri Sabah sekali lagi merayu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya kesemua 813 orang yang terlibat di negeri ini dilantik semula . Beliau yang juga Pengerusi AJK Bertindak jawatan itu berkata, kumpulan ini berharap apa yang telah diumum oleh Menteri Pendidikan melalui kenyataan media pada 26 Mac 2017 akan dilaksanakan. Dalam kenyataan Menteri Pendidikan itu dipetik berkata, 'jawatan pembantu guru bukan ditangguhkan tetapi belum dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan jawatan ini diteruskan sejak 2015 bagi negeri Sabah, Kedah dan Melaka. Malah, mereka masih bertugas seperti biasa'. Menurut beliau, perjuangan untuk menuntut jawatan ini sudah dibuat sejak awal tahun 2014 lagi setelah ditamatkan kontrak pada 31 Disember 2013 bersama-sama Pembantu Tadbir Sambilan di negeri Kedah. Beliau ditemui disini untuk mengulas lanjut isu ini. Ujarn...

DR. JANATHAN KANDOK JP YAKIN PEMINDAHAN KEMAHIRAN PERUSAHAAN MADU KELULUT MAMPU MAJUKAN DESA

Image
SINGAPURA, 17 JUN 2017 (SABTU) : Usaha UMS memindahkan kemahiran perusahaan Madu Kelulut kepada masyarakat dapat memajukan desa di Kota Marudu. Dalam satu kenyataan di Singapura yang dikeluarkan oleh Bahagian Komunikasi Pertubuhan Kimaragang Malaysia  hari ini, Presiden Kimaragang, Dato' Dr. Janathan Kandok berkata jika semua peserta bengkel perusahaan madu kelulut anjuran bersama UMS dan Pertubuhan Kimaragan Malaysia itu dapat menukar pengetahuan perusahan madu kelulut itu kepada tindakan yang bersepadu, Kota Marudu bakal menjadi pengeluar madu kelulut yang besar secara komersial. " Kota Marudu memang sudah terkenal dengan perusahaan madu dan dengan adanya usaha baru ini, satu lagi produk madu akan dihasilkan. Ini bertepatan dengan visi DSP Maximus menjadikan Kota Marudu pusat commercial yang besar di Sabah," kata Janathan. Beliau juga memuji UMS yang berkerjasama dengan Pertubuhan Kimaragang Malaysia menganjurkan bengkel kemahiran perusahaan madu kelulut ini. ...

Naib Canselor UMS Baharu, Prof Dr D Kamaruddin D Mudin adalah Anak jati Kota Belud

Image
KOTA KINABALU : Polemik pemilihan Naib Canselor baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) berakhir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu, Prof Dr D Kamaruddin D Mudin diumumkan sebagai penyandang baharu jawatan itu. Pelantikan beliau sebagai Naib Canselor baharu disiarkan dalam laman sosial Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi, sebentar tadi. Dr D Kamaruddin adalah anak tempatan Sabah berasal dari Kota Belud dan berkelulusan dalam bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, akhbar melaporkan Lembaga Pengarah UMS mencadangkan dua calon bukan anak kelahiran Sabah untuk mengambil alih jawatan Naib Canselor daripada Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah yang bersara mulai Sabtu ini. Cadangan itu sekali gus menimbulkan bantahan dalam kalangan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri yang menyifatkannya sebagai mengetepikan calon anak jati negeri ini. Berikutan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, telah memanjangkan perkar...

BEKAS PEMBANTU TADBIR SAMBILAN SABAH LANTIKAN KPM HARAP DAPAT TEMUI KETUA MENTERI SABAH

Image
KOTA KINABALU, 13 JUN 2017(SELASA) : AJK Tertinggi Bekas Pembantu Tadbir (N17) Sambilan Lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia negeri Sabah Cik. Maryam Madisah dan En. Omar Musthapa hari ini telah berkunjung ke Pejabat Ketua Setiausaha Politik Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan dengan diiringi oleh Faiz Deedat. Kunjungan ke Pejabat Ketua Setiausaha Politik adalah untuk meyerahkan surat memohon perkenan Kunjungan Hormat Kepada Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah untuk menyerahkan Memorandum Rayuan Jawatan Pembantu Tadbir (N17) Negeri Sabah Lantikan Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negeri Sabah. Surat bertulis telah diterima dan disahkan penerimaan oleh PA Pejabat Setiausaha Politik. Pengerusi AJK Bertindak Puan Noor Ismawaty Ismail berkata, pihaknya berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan perkenan kunjungan ini seterusnya nasib kami yang terlibat dinegeri ini dapat diberi perhatian sewajarn...

MASALAH PEMILIKAN TANAH TIDAK SESUAI DIBINCANG SECARA ECERAN

KOTA MARUDU 11 JUN 2017 : "Kita perlu tubuhkan Padukan Kerja untuk atasi masalah tanah yang dihadapi rakyat," kata Dato' Dr. Janathan Kandok. Beliau berkata demikian kepada pemberita Netizen Times di Kota Marudu ketika diminta mengulas masalah tanah yang dibangkitkan oleh Anorld Joibi, Pegawai Daerah Kota Marudu dalam ucapan perasmian Monguyas Torutip di Kg. Mansanad hari ini. Menurut Janathan, usaha secara terancang dan berterusan wajar dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi membolehkan masalah pemilikan tanah dapat diatasi. "Samada keputusan berpihak kepada yang menuntut atau tidak, keputusan perlu dicapai. Ia tidak baik tergantung begitu sahaja," katanya, merujuk kepada masalah pemilikan tanah yang berlarutan sejak tahun 70'an lagi di Kota Marudu. Janathan yakin masalah pemilikan tanah dapat diatasi jika semua pihak berterusan membincangkan untuk penyelesaian. "Hal ini tidak sesuai dibincangkan secara eceran [berasingan] sebab ramai pihak ...

SANTAI BERSAMA PRESIDEN PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Image
KG. DAMAI, KOTA MARUDU  (12.00pm): "SANTAI DAN MESRA". Itulah yang dapat diungkapkan kepada Yg. Bhg Dato Dr. Janathan Kandok, Presiden Pertubuhan Kimaragan Malaysia yang juga Pengarah Kastam Negeri Sabah. Pertemuan singkat dengan Yg. Bhg Dato'  yang tidak dijangka di rumah Datuk Latiff Kandok di Kg. Damai dimanafaatkan sepenuhnya dengan pelbagai input yang dikongsikan oleh Yg. Bhg Dato. Saya dan Azlee Tata Makibin berpendapat input yang dikongsikan oleh Yg. Bhg Dato' boleh direalisasikan untuk semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa dan agama. Apa yang menarik perhatian kami, Yg. Bhg. Dato' seorang yang "spoting" dan tidak lokek berkongsi ilmu. Terima kasih kepada tuan rumah Datuk Latiff & Datin Justina bagi layanan "100% poingka👍"

PESTA MONGUYAS TORUTIP PERINGKAT KAMPUNG MINANSAD KOTA MARUDU

Image
KG. MINANSAD KOTA MARUDU : Walaupun berada di bulan Puasa, Yg. Bhg. Dato' Dr. Janathan Kandok JP, merangkap Pengerusi Eksekutif Institut Penilaian Sastera (INPES) tetap memenuhi jemputan ke Pesta Monguyas Torutip peringkat Kg. Minansad, Kota Marudu. Pesta ini telah dirasmikan oleh Tuan Arnold Joibi, Pegawai Daerah Kota Marudu bertempat di Pentas Terbuka Walai Tobilung, Kg. Minansad, Kota Marudu. Antara tetamu yang hadir SUS Christopher Mandut, Datuk George Sangkin, En. Lawrence Saibon, Jimson Majemal dan para penduduk Kg. Minansad.