MASALAH PEMILIKAN TANAH TIDAK SESUAI DIBINCANG SECARA ECERAN
KOTA MARUDU 11 JUN 2017: "Kita perlu tubuhkan Padukan Kerja untuk atasi masalah tanah yang dihadapi rakyat," kata Dato' Dr. Janathan Kandok.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Netizen Times di Kota Marudu ketika diminta mengulas masalah tanah yang dibangkitkan oleh Anorld Joibi, Pegawai Daerah Kota Marudu dalam ucapan perasmian Monguyas Torutip di Kg. Mansanad hari ini.
Menurut Janathan, usaha secara terancang dan berterusan wajar dilakukan oleh pihak yang terlibat bagi membolehkan masalah pemilikan tanah dapat diatasi.
"Samada keputusan berpihak kepada yang menuntut atau tidak, keputusan perlu dicapai. Ia tidak baik tergantung begitu sahaja," katanya, merujuk kepada masalah pemilikan tanah yang berlarutan sejak tahun 70'an lagi di Kota Marudu.
Janathan yakin masalah pemilikan tanah dapat diatasi jika semua pihak berterusan membincangkan untuk penyelesaian.
"Hal ini tidak sesuai dibincangkan secara eceran [berasingan] sebab ramai pihak yang ada kuasa atas hal pemilikan tanah," katanya
Janathan yang juga turut hadir dalam pesta itu memuji TOBISA kerana memperkenalkan nama pesta kaamatan dalam bahasa etnik Tobilung iaitu Monguyas Torutip.
Dipetik daripada : Pemberita Netizen Times.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1704247059602656&id=100000521350446

Comments
Post a Comment