PENDEDAHAN AWAL KEPADA SKUAD

TINGKALANON: Tingka FC menyertai kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Tandek dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M).

Pengurus Tingka FC Azlee berkata, kelab itu telah menghantar 3 pasukan untuk menyertai kejohanan tersebut  iaitu Tingka FC Senior, Tingka FC U20 dan Tingka FC U16.

Menurut beliau, kesempatan ini perlu diambil dan disertai untuk memberi pendedahan kepada pemain kelab itu terutama sekali kepada skuad muda U20 dan U16.

"Main petang-petang tidak sama dengan permainan sebenar sebab main rojak tanpa ikut posisi dan arahan" jelas Azlee yang dihubungi.

Azlee yang ketika ini berada di Beluaran tidak dapat bersama skuad Tingka FC disebabkan komitmen sebagai penjawat awam perlu diutamankan. Beliau telah menamakan Caldey John, Nacolas Magudar dan Herilon Kiou untuk mengemudi pasukan tersebut.

Kejohanan tersebut telah menarik 6 buah pasukan menyertai kejohanan tersebut antaranya Tingka FC Senior, Tingka FC U20, Tingka FC U16, Mulok FC, TUO F dan Beliajung. Manakala, perlawanan tersebut dijalankan secara liga dengan masa perlawanan 7 minit setiap masa dan 3 minit masa rehat.

Disediakan oleh,
Dennis Rumalin
10.09.2017

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1621197914559489&id=100000078881407

Comments

Popular posts from this blog

BEKAS PEMBANTU TADBIR SAMBILAN SABAH LANTIKAN KPM HARAP DAPAT TEMUI KETUA MENTERI SABAH

Naib Canselor UMS Baharu, Prof Dr D Kamaruddin D Mudin adalah Anak jati Kota Belud

DR. JANATHAN KANDOK JP YAKIN PEMINDAHAN KEMAHIRAN PERUSAHAAN MADU KELULUT MAMPU MAJUKAN DESA