LEBIH 800 BEKAS PEMBANTU TADBIR SAMBILAN SEKALI LAGI MERAYU DIBERI SEMULA JAWATAN
KOTA KINABALU: Noor Ismawaty Ismail, seorang bekas Pembantu Tadbir (P/O) N17 Sambilan negeri Sabah sekali lagi merayu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya kesemua 813 orang yang terlibat di negeri ini dilantik semula . Beliau yang juga Pengerusi AJK Bertindak jawatan itu berkata, kumpulan ini berharap apa yang telah diumum oleh Menteri Pendidikan melalui kenyataan media pada 26 Mac 2017 akan dilaksanakan. Dalam kenyataan Menteri Pendidikan itu dipetik berkata, 'jawatan pembantu guru bukan ditangguhkan tetapi belum dapat diperluaskan ke negeri-negeri lain kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan jawatan ini diteruskan sejak 2015 bagi negeri Sabah, Kedah dan Melaka. Malah, mereka masih bertugas seperti biasa'. Menurut beliau, perjuangan untuk menuntut jawatan ini sudah dibuat sejak awal tahun 2014 lagi setelah ditamatkan kontrak pada 31 Disember 2013 bersama-sama Pembantu Tadbir Sambilan di negeri Kedah. Beliau ditemui disini untuk mengulas lanjut isu ini. Ujarn...